Walaupun telah lama menulis, baru kini terdetik hati untuk memeriahkan dunia blogger. Sebabnya mudah sahaja, banyak sangat isu yang kadang kala menyesakkan dada. Walaupun boleh menulis di www.agendadaily.com namun ada keterbatasannya bagi mengelakkan pandangan peribadi mempengaruhi pelaporan dalam portal berita berkenaan.
Saya memilih melayu-bangsaku kerana memenuhi tuntutan 'hanya kaum itu sahaja yang boleh mengubah nasib kaumnya' seperti yang telah dinyatakaan dalam Al-Quran.
Jadi bercakap tentang nasib Melayu, membela isu Melayu dan mempertahankan isu Melayu, bukanlah bermakna assabiyah atau sempit kerana ada ayat yang menyebutkan soal mengubah nasib kaum.
Banyak sudah yang diperkatakan menyangkut isu Melayu. Uniknya Melayu di Malaysia tidak sama dengan definasi Melayu di nusantara kerana Melayu di Malaysia adalah Islam.
Dengan itu isu Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan. Membela nasib Melayu bererti membela nasib Islam di negara ini. Dan jika mengikut tafsiran secara harafiahnya menghina Melayu bererti menghina Islam itu sendiri.
Apa pun, sebagai permulaan, cukuplah untuk mengatakan melayu bangsaku. Melayu adalah induk negara bangsa Malaysia.
Walaupun ada konsep 1 Malaysia tetapi hakikatnya Perpaduan Melayu Teras 1Malaysia.
Salam hormat
Wednesday, December 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment